follow

24 Jun 2011

jGn nK mnGaTa oRg sGt...!


Manusia ni, memang pelik. 1001 perangai manusia tu sebenarnya tak betul kot. For me, perangai manusia ni ada berjuta-juta lemon. Malas nak pot pet panjang-panjang. Saya ni jenis kawan dengan sesiapa saja. Honestly, saya dah diajar daripada kecil lagi oleh mom.
Bila berkawan tu, biar ikhlas. Jangan berkawan sebab kita nak “something” daripada kawan kita tuh.
Lagi 1, perangai saya. Saya tak suka sangat nak ambil tahu latar belakang hidup kawan saya tu. Bukan tak amik kisah langsung, tapi maksud saya. Tidak terlalu amik kisah. Maksudnya, cukuplah setakat saya tahu dia bukan pembunuh.hahahaha!!!
Selagi bukan pembunuh bersiri, perogol bersiri, pencuri bersiri dan apa saja yang berkaitan dengan siri. Saya tak kisah berkawan dengan dia. Saya tak pernah ambil kisah samada kawan saya tu solat ke tidak, puasa ke tidak, perokok ke tidak, dia kaki mesjid ke tidak, dia tahu baca Al-Quran ke tidak, dia tahu baca jawi ke tidak.
Ah, itu bukan urusan saya. Siapalah saya nak memilih kawan berdasarkan semua-semua tu.
Bukan meremehkan hal agama. Bukan. Cuma, prinsip hidup saya senang je. Setiap manusia ada “jalan cerita” hidup masing-masing. Kalau kawan saya tidak solat sekalipun, pasti bersebab. Memang dia berdosa besar tapi itu urusan dia dengan Allah. Kita siapa nak membenci dengan manusia yang tak mengerjakan solat?
Ce citer? Kita bukan Tuhan tahu.
Macam ni. Baru-baru ni, saya bersembang dengan kawan-kawan dekat kedai kopi. Sembang kosong tapi for me tak ada istilah kosong sebenarnya bila dah start bersembang ni.hahaha!!! Ada something.
Kawan yang minum sekali ni agak “baik”. Yes, saya akui dia baik. Semua dia buat. Solat, menutup aurat, sopan santun pun yek. Cuma, bila dia bertanyakan 1 soalan pada saya petang tu, saya terkejut ayamas tahu! woooo. So kesian dekat dia. Pendek akal sungguh.
Kawan saya ni, maybe dah lama kot nak tanya soalan pada saya. Jadi, dia tanya.“miza, kau tak takut ke kawan dengan pengkid? Lepas tu, aritu aku nampak kau keluar dengan perempuan yang pakai baju tak cukup kain je.” Saya diam. Sebenarnya dalam hati, dah start nak memaki hamun memanja.hahahaha!!!
Dia sambung lagi “Kawan-kawan kau tu solat ke?”.
Phew!!!!! Rasanya dah melampau bila kita berfikir sampai macam tu. Saya tak berminat nak jawab sebab tengah marah kot. Saya cuma jawab“mengumpat macam ni lagi berdosa wei. Kalau dia tak maafkan kita, kita berhutang dengan dia sampai mati k”.
Kawan saya tu diam. Dia cukup kenal saya. Kalau saya tak menjawab soalan tu, maksudnya saya tak suka soalan tu. hahahaha!!!
Melampau kan? Mak saya kata, kita tak boleh ada pra sangka buruk dekat orang. Lagi-lagi soal agama. Itu urusan dia dengan Allah. Bak kata mak, manusia ni boleh berubah. Lambat laun, nanti dia akan berubah juga. Kita yang dah berubah ni, yang ada otak ni kena beri full support bukan MENGUTUK, MENGEJI, MENGHINA bagai nak rak!Berdosa tahu!
p/s: Cuba mulai hari ni, belajar berpra sangka baik dekat semua orang. Cuba!!! Good luck!
p/s/s: Jangan pandang hina kalau orang tu tak pandai baca Al-Quran. Ajarlah dia. Bukan mengejek ok.
p/s/s/s: Kalau kawan kita tak boleh baca jawi, jangan cakap macam-macam. Bukan semua orang berpeluang belajar jawi masa kecil. Ajar diorang, bukan hina!

Tiada ulasan:

baca lah..

get this widget here