follow

Photobucket

16 Mac 2011

Prolog:Diari Cinta Seorang Lelaki

awas!entry ini agak sentimental dan emosional tidak sesuai bg yang berjiwa kental 


(nak baca jugak boleh tp tutup mata)





kisah ini bermula dengan sebuah kapcai,yer sebuah kapcai lebih tepat lagi sebuah Honda EX5 dream bernombor plat cbn 1224.Ianya di miliki oleh seorang bernama si lelaki.Kisah ini juga bermula
 di sebuah universiti kurang ternama tempatan yang berada si ceruk bukit.

Pada suatu hari si lelaki menerima satu sms dari seseorang,ketika itu si lelaki tersebut sedang asyik menghirup sup yang di sediakan bersama sepinggan nasi goreng kampung mata kerbau.


"esok boleh pinjam tak moto,nak kuar dengan rumet pergi makan tom yam dekat ..."kata kawan perempuan kepada si lelaki.Si lelaki membalas tanda setuju dan apa-apa hal esok petang leh la pinjam moto.

Petang esoknya, si lelaki datang bersama membenya yang lain untuk menghantar kapcainya untuk di pinjamkan kepada kawan perempuan tersebut.Si lelaki memang mengenali kawan perempuannya itu bukan la rapat sangat kerana si lelaki memang alergik dengan perempuan hehe.Moto kapcai tersebut berlalu pergi dengan dua orang perempuan yang seorang berpakaian kelabu dan pemboncengnya memakai t-shirt lengan panjang bewarna pink.

Dua jam kemudian,kedua-dua gadis tersebut ingin memulangkan moto tersebut kepada si lelaki.Semasa memberi pinjam motonya tadi si lelaki tidak perasan pada seorang gadis,iaitu rumet kepada si peminjam moto yang memakai baju pink tersebut.Setelah ingin pulang ke hostel,kedua-dua gaids tersebut berterima kasih kepada si lelaki.Pada masa itu si lelaki telah terpaku dengan gadis berpakaian pink itu.


Si lelaki memang meminati cerita korea,cerita terbaru yang di lihatnya pada ketika itu cerita koreea berjudul "daisy (2006)".Gadis berbaju pink itu menyerupai heroin dalam cerita tersebut.Dengan angan-angan si lelaki dan membenya pulang ke rumah sewanya yang juga dalam kampus tersebut.


Oleh kerana tertarik dengan gadis berbaju pink tersebut,si lelaki cuba ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan gadis tersebut,melalui rumetnya.Mula-mula si lelaki hanya berchatting melaui skype (ym xleh masuk kat u ni hehe).Dan pada suatu hari,lebih kurang sebulan atau lebih,si lelaki dan si gadis ini berhubung,kelihatan ada nombor yang belum pernah ada dalam kontek list fon si lelaki.Lelaki tersebut terus menjawab,dan rupa-rupanya si gadis tersebut yang menelefon.Dengan alasan meminta tolong si lekai untuk belikannya sim card u-pax yang agak laris pada masa itu.


Sebenarnya,si gadis tersebut baharu sahaja berpisah dengan bekas kekasihnya.Segala masalah dan kegusaran si gadis tersebut selalu ceritakan kepada si lelaki yang baru di kenalinya ini.Sehinggalah pada suatu hari,si gadis menelefon dalam keadaan menangis meluahkan kesedihannya kerana telah di tinggalkan kekasihnya secara rasmi.

Bagi meredakan keadaan gadis tersebut,si lelaki tidak tahu bagaimana ingin mneyenangkan hati gadis tersebut yang telah menambat hatinya itu,si lelaki mengajak si gadis keluar.Kira date la konon.Pada keesokkannya,mereka keluar di temani seorang kawan kepada gadis tersebut ke sebuah mekdi di tepi pantai.Hati si lelaki tersebut begitu gembira kerana inilah first time dia keluar dengan seorang perempuan sepanjang hayatnya.

Hari demi hari,mereka berhubung,ada kala mereka keluar walaupun untuk sekadar fotostat esemen dengan menaiki sebuah kancil pinjam,kancil sahabat baik si lelaki,DAS 702 nombor platnya hehe.SI lelaki hanya ada kapcai pinjam je lah kete hehe.Sehinggakan semua housemate kepada si lelaki ni men]mberi gelaran kepadanya sebagai 'mat pet' haha.Kerana sering teserempak dengan mereka ketika keluar bersama gadis tersebut di sebuah stesen petronas tak jauh dari kampusnya.


Cuti sem panjang bermula.Kehidupan si lelaki yang dahulunya sepi dan sunyi boleh di katakan begitu ceria.Setiap hari boleh di katakan jika tidak call pun mereka akan text sms.


Pada suatu hari,si gadis sudah mula tidak menghantar serta menjawab panggilan si lelaki.Lebih kurang seminggu keadaan itu berterusan.Si lelaki berasa hairan dan blur,tiada apa-apa yang berlaku antara mereka.Ketika berhubung untuk kali terakhir pun tiada apa yang pelik.

Sehinggalah pada suatu hari,si lelaki terbaca status facebook si gadis.Di wall tertulis dengan riang bahasa dia telah bersama yang lain.Hati si lelaki tersebut mula curiga dan risau.Lalu dia bertanyakan kepada gadis tersebut.Tetapi si gadis tersebut menafikan apa-apa.Sehinggalah si lelaki bertanya kepada sahabat baik gadis tersebut,rupa-rupanya memang benarlah si gadis tersebut telah menemui orang lain tanpa memberitahu kepada si lelaki walau sepatah pun.


Ketika itu si lelaki sedang mengikuti satu interview bagi mendapatkan loan dari MARA bagi membolehkannya menyambung latihan di sebuah akademi.Hatinya begitu remuk dan seolah-olah dunia ini sudah tiada apa-apa.Semangat yang dahulunya tersimpan untuk mencapai impian tiba-tiba tidak bermakna.Boleh di katakan dia hanya jasad yang bergerak tiada lagi roh di dalam jasadnya.Jika ada teman-teman melihatnya gelak ketawa serta senyum itu hanyalah sebuah plastik semata-mata


Tidak lama kemudian,si lelaki mendapat tahu yang si gadis tersebut akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya.Tiada apa lagi yang boleh di lakukan oleh si lelaki selain meredakan takdir walaupun tengah bergelut dengan pelbagai lagi halagan dalam misinya untuk memasuki sebuah akademi yang kini telah di masukinya.


Kisah di atas telah menyebabkan si lelaki mulai bersifat paranoid dan hipokrit.Dia mula tidak percayakan semua perempuan,dan menganggap mereka sebagai pengkhianat.Sehinggakan dirinya sendiri pun dia sendiri sudah hilang kepercayaan.Dia terasa begitu di perbodohkan oleh seorang perempuan selain dari perempuan dalam keluargannya,dia bersikap pesimis terhadap semua perempuan.

Mungkin itu cinta pertama si lelaki tersebut,dan kini dia setelah kepercayaan kepada perempuan mula tumbuh kembali,dia sudah mula terjatuh cinta dengan seorang lagi gadis,dan mungkin inilah cinta terakhirnya.Tetapi dengan langkah yang teragak-agak dia takut akan terjadi lagi 'deja vu' sebagaimana perit yang pernah dia alami dulu.Dan jika kisah kali ini sebagaimana kisah di atas, mungkin sudah sampai masanya dia berhenti mencari dan berharap cinta kepada manusia.


...sifat paranoidnya terhadap perempuan mungkin telah terhapus perlahan-lahan.tetapi kadang-kadang bila dia berseorangan,dia merasakan mungkin ada 'spell' atau sumpahan ke atasnnya yang menyebabkan dia kurang cerdik dalam memilih sesuatu.

Gua berkongsi cerita di atas bukan hape sekadar mengingatkan biarlah si lelaki tersebut yang menikmati bagaimana rasanya,jgn ada yang lain turut merasa.Bagaimana peritnya sehingga kita sudah tidak sayangkan diri sendiri dan bila merasakan mati itu tiada apa-apa apalagi nak takut akan mati ataupun sakit.









...."Masa lalu kita di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku jua keyakinan
Ku goyah oleh keadaan
"....

..."Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan untuk meraih cintaa"...



anda fikir anda tahu cinta seorang lelaki?anda fikir sekali lagi"...

assalamualaikum...



p/s: moral of the story..jika dlm hati sudah ada yg lain jangan cuba bagi harapan terlampau tinggiii...kepada yang mengejar

Tiada ulasan:

baca lah..

get this widget here