follow

Photobucket

16 Mac 2011

Diari Cinta Seorang Lelaki

sebuah diari usang seorang lelaki



CHAPTER I|sebuah pengorbanan

Ini kisah tentang seorang pemuda.Pemuda yang telah menghirup oksigen lebih dari 20 tahun.Dia tinggal berseorangan di sebuah vila usang di puncak bukit pinggir cameron highland.Kerjanya hanyalah seorang 'crop duster' di sebuah ladang sayur milik seorang cina.Paginya dia menerbangkan pesawat ringan untuk meracun kebun sayur majikannya dan pada petangnya pula dia mengambil upah memungut strawberry tidak jauh dari vilanya.Malamnya pula dia menjadi cashier di sebuah kedai runcit.Begitulah hidupnya sehari-hari.

Pada suatu petang sedang dia asyik memungut strawberry dia ternampak seorang gadis yang sedang memetik bunga tulip tidak jauh dari tempat pemuda itu bekerja.Dia mula tertarik akan gadis itu yang seakan-akan gadis korea.Si pemuda cuba mendekati dan mereka berkenalan.Setiap petang si pemuda akan menemani gadis tersebut memetik tulip dan gadis tersebut menolongnya memetik strawberry.

Si pemuda mula mencintai gadis tersebut tetapi tidak tahu perasaan gadis itu terhadapnya.Setelah sekian lama berkawan mereka semakin akrab dan pada suatu hari gadis tersebut menghilangkan diri.

Si pemuda tertanya-tanya kemanakah hilangnya gadis tersebut.Setibanya di rumah ada sekeping kad di atas mejanya.Gugur jantung si pemuda setelah melihat nama gadis yang dicintainya itu di atas kad berkenaan.Terasakan dunia ini kelam dan sunyi tanpa sebarang bunyi.

Dia terus mengambil kunci keretanya dan meluru keluar tanpa sempat menutup pintu rumah.Tanpa menghiraukan apa-apa lagi dia memecut kereta impreza biru wrx sti version v type-R yang sentiasa menjadi teman.Dengan kelajuan 160km/j di jalan yang berbengkang bengkok menuruni bukit dari bandar cameron menuju ke tapah dia gagal mengawal keretanya di sebuah selekoh dan....







"satu kemalangan ngeri telah berlaku di jalan cameron-tapah petang semalam.Sebuah kereta impreza biru yang di pandu laju terbabas ke sebuah gaung yang dalamnya 30 meter.Mangsa bagaimanapun selamat tetapi sedang di rawat di ICU kerana tidak sedarkan diri......"-seorang pembaca berita di televisyen.

Kini si pemuda koma dan berada di unit jagaan rapi (icu) sebuah hospital.Hidupnya hanya bergantung kepada mesin hayat yang berada si sebelahnya.Keseorangan di dalam bilik yang gelap.


Hampir 2 bulan dalam keadaan seperti mayat bernyawa, pada suatu hari seorang nurse aka jururawat yang baru, ditugaskan untuk menjaga si pemuda.Pemuda tersebut dapat melihat nurse tersebut meskipun dalam keadaan koma.


Dari raut wajahnya dia melihat kelibat seorang gadis ayu yang mempunyai raut wajah seperti han ga in dalam drama korea witch yoo hee.Wajah gadis tersebut di serikan pula dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Kini, walaupun dalam keadaan koma, pemuda itu di jaga oleh seorang gadis saban hari.Si pemuda semakin tertarik dengan gadis tersebut.Dia hanya dapat melihat gadis tersebut tanpa boleh mendekatinya.Sehari demi sehari dia merasakan dirinya semakin sembuh dari koma accident tempoh hari.Matanya mula boleh di gerakkan dan tangan serta kakinya juga boleh di gerakkan sedikit demi sedikit.


Namun tanpa di duga nurse itu juga terus menghilangkan diri dan menjadikan proses penyembuhan pemuda tersebut semakin tidak mendatangkan hasil.Malah semakin tenat keadaannya.Luka lama kini berdarah kembali.Pendarahan dalaman menyebabkan terdapat darah beku di kepalanya.Pembedahan segera terpaksa di lakukan.Namun di hospital tersebut tiada pakar yang berani menawarkan diri untuk menyelamatkan si pemuda.



Setelah sekian lama, sehinggalah suatu hari.Ada pakar bedah otak tiba-tiba di tugaskan untuk menjalankan tugas di hospital tersebut.Seperti orang lapar di beri makanan, pakar yang di cari-cari untuk mengubati si pemuda sudah di temui.

Tanpa membuang masa si pemuda di senaraikan untuk menjalani pembedahan tersebut.Pembedahan yang memakan masa yang agak lama itu telah berjaya hasil dari kepakaran seorang pakar perempuan.Meskipun baru mendiagnosis pemuda tersebut kurang dari sebulan, dia mampu menyelamatkan pemuda tersebut sehingga si pemuda....

...sedar dari koma dan pulih sepenuhnya.

Setelah bertahun-tahun koma dan menjalani pelbagai diagnosis yang menyakitkan.Dengan bantuan dan kepakaran dari seorang doktor perempuan itu si pemuda kini sudah normal seperti biasa.Betapa bersyukurnya si pemuda kepada Tuhan kerana di pertemukan dengan doktor tersebut di saat dia amat-amat memerlukan rawatan.

Hubungan mereka sedikit demi sedikit semakin akrab.Si doktor sentiasa membuat follow-up dan memberi preskripsi kepada pemuda.Si pemuda kini telah berjaya menjalani kehidupan seperti biasa di tempat asalnya, cameron highland dan meneruskan kerja sebagai seorang pilot crop duster di sebuah ladang teh.

Masa lalu yang perit telah dilupakan meskipun jika kekadang melalui tempat kemalangan yang pernah berlaku terhadap dirinya dia terus memejamkan mata kerana perit untuk di kenang.Si pemuda dan doktor tersebut sering bertemu di sebuah cafe bersebelahan ladang teh tempat si pemuda bekerja.Kadang-kadang mereka selalu bersama memetik buah strawberry yang ranum di sekitar tempat tersebut.

Sesungguhnya Tuhan lebih mengerti apa yang di suratkanNya.Dalam kegembiraan yang memungkinkan kebahagiaan kepada si pemuda muncul watak jahat yang ingin memisahkan mereka.

Ya! Dpendekkan cerita watak itu telah berjaya menghasut si doktor tersebut dan si pemuda secara berasingan.Sehingga si pemuda terjerat dalam perangkap watak jahat tersebut sehingga memakan diri sendiri.

Setiap hari si doktor akan datang tepat pada 12:11 p.m. untuk memberi dos atau suntikan kepada si pemuda yang masih belum benar-benar ampuh untuk berdiri sendiri.Pada suatu hari watak jahat berjaya mencuri beg yang berisi ubat-ubatan dan jarum suntikan.Seperti yang di jangka watak jahat berjaya menukarkan ubat dengan racun dan mengisi racun tersebut ke dalam picagari yang selalu digunakan doktor perempuan tersebut untuk merawat si pemuda.

Hari berikutnya, dalam senyum simpul si watak jahat terselit kesakitan si pemuda yang telah tanpa sengaja di beri racun.Badannya mula merasai kesan racun tersebut.Dari sehari ke sehari racun itu memamah diri si pemuda.Si doktor yang telah bersama watak jahat tadi sudah pergi bersama penawar racun tersebut.

Si pemuda bersendirian menongkah arus kesakitan dari racun yang setiap hari memakan dirinya.





Pada suatu hari si pemuda sudah tidak lagi diberi peluang menghirup oksigen.Dengan perkataan lain dia sudah MATI.

Jasad dan rohnya mati..tiada apa lagi yang tinggal selain penderitaan....

meskipun begitu dia tetap bersyukur kerana di temukan dengan 3 orang gadis yang mengajarnya erti cinta iaitu 3 pengajaran yang di terimanya...pengorbanan,tak semestinya memiliki dan kerelaan melepaskan....

...kerana inilah diari cintanya...diari cinta seorang lelaki

Tiada ulasan:

baca lah..

get this widget here