follow

01 Jun 2011

awak kena fhm?




awak kena faham kenapa saya selalu terdetik perasaan cemburu bila tengok awak dengan orang lain.. sebab saya sayangkan awak.. cemburukan tandanya sayang...


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya merajuk, sebab saya nakkan perhatian dari awak...


awak kena faham kenapa saya selalu call dan sms awak, sebab masa itu saya sangat rindukan awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marahkan awak sebab saya nak yang terbaik untuk awak...


awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak sebab saya nak hidup selamanya dengan awak..


awak kena faham kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan awak sebab awak kan tulang belakang saya,


awak kena faham kenapa saya selalu ucapka terima kasih pada awak sebab saya nak awak tahu yang saya menghargai awak..


awak kena faham kenapa saya selalu lambat bersiap sebab saya bersiap untuk menambat hati awak.. bukan orang lain..


awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak sebab awaklah segalanya bagi saya, saya nak awak saja yang tahu..


awak kena faham sebab apa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya tak nak awak risau...


awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit, sebab saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak, sebab saya takut sangat hati saya terluka kerana awak...


awak kena faham kenapa saya takut lepaskan tangan awak sebab saya takut awak pergi jauh dari saya dan tak pulang kembali...


awak kena faham kenapa saya selalu menangis kerana awak sebab hanya awak yang mampu menceriakan hidup saya...


awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat sebab saya sendiri kurang faham kenapa sebabnya...



sekarang awak fahamkan.?



Tiada ulasan:

baca lah..

get this widget here