follow

Photobucket

19 Januari 2011

BERCINTA KRNA ALLAH

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.
Cinta adalah ‘hadiah’ dari Tuhan. Maka kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taksub dengan cinta hingga jiwa merana dan lupa daratan.
Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara yang disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta kepada manusia mendahului cinta kepada Allah.
Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Ada manusia sanggup melupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.
Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah Al-Quran kerana ia merupakan anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta dari Allah. Seperti mana firman Allah : kami turunkan daripada Al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin ( al-Isra : 82 ).
Begitu juga dengan amal ibadat yang lain. Jangan abaikan kerana kita cintai Allah melebihi segala-galanya, ini termasuklah mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita dari ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan di dalam hati

Tiada ulasan:

baca lah..

get this widget here