follow

Photobucket

26 Disember 2010

(TENTANG KEHIDUPAN YG NYATA)

"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." 


"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." 



Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita...

Tiada ulasan:

baca lah..

get this widget here